Pages

Sunday, 11 December 2011

Akibat Tidak Berpuasa

1. Dimurkai oleh Allah

2. Hidup dalam keadaan tidak tenteram

3. Mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara

4. Dibenci dan dihina oleh masyarakat

5. Mendapat azab yang pedih di akhirat kelak.

6. Tidak mendapat keberkatan dalam hidup

Hikmah Berpuasa

1. Menambah keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
2. Mendapat ganjaran pahala.
3. Mendidik diri berdisiplin, beradab dan bersifat ikhlas.
4. Melahirkan simpati kepada golongan yang kurang bernasib baik.
5. Menghindari penyakit rohani seperti dengki dan khianat
6. Merehatkan sistem penghadaman dalam badan manusia.

Jenis-Jenis Puasa

1. Puasa wajib iaitu:
  • Puasa Ramadhan
  • Puasa Qadak
  • Puasa Nazar
2. Puasa Sunat iaitu
  • Puasa Isnin dan khamis
  • Puasa pada 9 dan 10 Muharram
  • Puasa tiga hari pada setiap bulan iaitu 13, 14,dan 15.
  • Puasa enam hari dalam bulan Syawal
3. Puasa Makruh iaitu:
  • Berpuasa sepanjang tahun
  • Berpuasa sunat hanya hari jumaat atau sabtu
4. Puasa Haram iaitu:
  • Berpuasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha
  • Berpuasa pada hari-hari tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah
  • Berpuasa pada hari syak iaitu 30 syaaban

Tingkatan Puasa

Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkat:

1. Puasa Umum

Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan dan minum    dan menahan keinginan berjimak.

2. Puasa Istimewa

(Puasa Khusus) Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain daripada perkara-perkara di atas.

3. Puasa Paling istimewa

(Puasa Khusus al-Khusus)Merangkumi puasa umum dan istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.

   

Saturday, 10 December 2011

Perkara-Perkara Makruh Ketika berpuasa

  • Merasai makanan dan minuman dengan lidah
  • Mengosok gigi setelah gelincir matahari
  • Berkumur berlebihan
  • Berbekam
  • Mandi berlebihan
  • Bersuntik
  • Memasukkan air ke dalam hidung berlebihan

Perkara-Perkara Sunat ketika Berpuasa

1. Menyegerakan berbuka puasa

2. Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah yang manis.

3. Berdoa

4. Melambatkan bersahur

5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.

6. Besedekah kepada fakir dan miskin.

7. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat

8. Mandi junub lebih awal, sebelum masuk waktu subuh.

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum dengan sengaja meskipun sedikit kecuali terlupa.

2. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan dengan sengaja.

3. Muntah dengan sengaja

4. Keluar haid dan nifas

5. Gila

6. Murtad

7.Mengeluarkan mani dengan sengaja

8. Bersetubuh disiang bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa

1. Orang yang berpuasa

2. Berniat

3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Syarat Sah Puasa

1. Islam

2. Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak)

3. Suci daripada haid dan nifas

4. Apabila nyata masuknya bulan Ramadhan

   

Syarat wajib puasa

1. Islam        - Puasa tidak wajib kepada yang bukan Islam
2. Baligh       - Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur.
                       Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-kanak.

3. Berakal    - Orang gila tidak diwajibkan berpuasa

4. Sihat         - Orang yang sakit / uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang 
                        terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah

5. Bermukim - Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (menggantikan) puasa selepas bulan
                       Ramadhan.
                 

6. Suci          - Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.

Friday, 9 December 2011

Adab Puasa

1. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat seperti mengumpat, memfitnah, mengeji, mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
3. Mengurangkan tidur terutama pada waktu siang.
4. Sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik seperti membaca Al-Quran, dan berzikir.




Doa berbuka puasa

Mari Belajar

Keberkatan Ramadhan

Mari Menghayati

Niat Puasa

Niat Puasa






Niat Berpuasa


Wednesday, 7 December 2011

PUASA

Bahasa:  Bererti menahan diri daripada sesuatu.

Syarak:  menahan diri daripada makan dan minum serta meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.