Pages

Sketsa

4 ZIKIR SEPANJANG BULAN RAMADHAN.


Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda sebaik tibanya Ramadhan yang bermaksud:

"Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar(memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah."
(Riwayat al-Baihaqi)



KEBERKATAN HADIR KE MAJLIS ILMU

Ramadhan bukan saja terkenal sebagai bulan latihan, kesabaran (syahru al-Sabr) dan berkat (Syahru Barakah) malah bulan ilmu. Ia memberi peluang kepada seseorang mendapat ganjaran dan pahala serta menjauhkan diri daripada perkara sia-sia.

Dalam kitab Ihya' Ulumiddin, Imam al-Ghazali  menjelaskan bahawa Abu Darda' berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Hendaklah kamu menjadi orang berilmu. Jika tidak , jadilah orang yang mempelajari ilmu. Jika tidak jadilah orang yang mendengar ilmu. Jangan kamu jadi golongan keempat(yang tidak termasuk dalam golongan itu).Hendaklah kamu tinggalkan perbuatan golongan keempat itu."

ALLAH MEMBUKA PINTU RAHMAT

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:"Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan(daripada merasuk mangsanya)."
( Riwayat Muslim)


 GANJARAN BAGI INSAN YANG IKHLAS BERPUASA

Kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah sangat mulia hinggakan menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan al-Rayyan.

Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu al-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

Daripada Abu Said al-khudri, katanya, rasulullah bersabda:" Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkanakan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya.

Orang yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah, Kemudian memelihara puasanya daripada amalan ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.